Jemaah harus menempuh perjalanan selama 6 bulan untuk mencapai Makkah.
Berbagai macam hambatan juga sering mereka temui, seperti gangguan cuaca badai dan sebagainya.
Oleh karena itu, berhaji pada zaman dahulu merupakan ibadah istimewa, yaitu perjalanan antara hidup dan mati.
Di Malaysia Haji Abdul Majid bin Zainuddin, menuliskan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924.
Jemaah haji akan diberangkat lima bulan sebelum bulan Haji.
Dari tanah melayu ,pelabuhan untuk berangkat ke Mekah adalah Singapura dan Pulau Pinang .
Sebelum
kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran
sebelum pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk di karantina .
Semua jemaah harus mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan pembasmi kuman.
Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 mil dari pelabuhan karena pelabuhan Jeddah banyak batu karang.
Setelah itu , jemaah haji akan menaiki perahu Arab menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.
Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.
Sampai
di pelabuhan, akan diperiksa petugas pelabuhan dan seterusnya mereka
akan membawa barang mereka ke atas keledai lalu di bawa ke rumah
tumpangan yang telah disediakan.
Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.
Di
situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak bagus.
Sebelum ke Mekah, jemaah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari
Jeddah ke Mekah selama dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta
dinaiki oleh dua orang jemaah.
Jemaah
haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama
Bashra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badawi yang menjual kayu api.
Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari
tanah air
Masalah
besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu , bekalan air mereka
sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan
mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.
Ketika
sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang
dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.
Sumber
air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah karena terdapat air yang
dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.
Di
sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam
bagi keempat-empat mazhab yaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.
Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah selama 13 malam.
Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.
Jika
jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah
perhentian untuk yaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh,
Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.
Jemaah
haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana cuaca yang
panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan
singgah istirahat pada pukul 4 pagi.