Pada zaman dulu, para jemaah haji dari Nusantara menggunakan moda transportasi kapal laut untuk mencapai Makkah.
Jemaah harus menempuh perjalanan selama 6 bulan untuk mencapai Makkah.
Berbagai macam hambatan juga sering mereka temui, seperti gangguan cuaca badai dan sebagainya.
Oleh karena itu, berhaji pada zaman dahulu merupakan ibadah istimewa, yaitu perjalanan antara hidup dan mati.
Di Malaysia Haji Abdul Majid bin Zainuddin, menuliskan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924.
Jemaah haji akan diberangkat lima bulan sebelum bulan Haji.
Dari tanah melayu ,pelabuhan untuk berangkat ke Mekah adalah Singapura dan Pulau Pinang .
Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran sebelum pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk di karantina .
Semua jemaah harus mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan pembasmi kuman.
Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 mil dari pelabuhan karena pelabuhan Jeddah banyak batu karang.
Setelah itu , jemaah haji akan menaiki perahu Arab menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.
Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.
Sampai di pelabuhan, akan diperiksa petugas pelabuhan dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas keledai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.
Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.
Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak bagus. Sebelum ke Mekah, jemaah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah selama dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.
Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bashra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badawi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air
Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu , bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.
Ketika sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.
Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah karena terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.
Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab yaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.
Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah selama 13 malam.
Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.
Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk yaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.
Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah istirahat pada pukul 4 pagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar